Ijabkabul Ayu & Mu’az 08122007

December 30, 2008 at 3:17 am | Posted in Baitul Muslim | 6 Comments
DSC_0318
Moga terlimpah Keberkatan ALLAH ke atas kalian…!
2/10/2008

Bingkisan Buat Ahmad Mu’az Mohd Nawawi & Nurul Fathim Ridayu RamliBig Smile

yang telah selamat menjadi zauj zaujah pada 8 Disember 2007/ Walimah pada 2 Feb 2008 ( rumah lelaki) dan 9 Feb 2008 (rumah perempuan).

 

Dengan rahmat ALLAH, mampu ku lihat dari wajah kalian yang kini kalian meniti hari-hari paling bahagia penuh rahmah wa mawaddah bersama orang baru bernama suami dan isteri. Syukurlah…diri-diri kalian saling menjadi hadiah terbaik yang kalian perolehi kerana bernikah dan berwalimah pada hari lahir kalian yang ke 22 dan 23.Smile

DSC_0204

Dan ..walau seerat dan seintim mana sekalipun kalian berdua, pasti ketika-ketikanya nanti akan ada masa renggang dan tidak selesa. Kerana setiap hubungan antara insan pasti ALLAH akan uji. Pasti akan ada konflik dan salah faham yang melanda..Kalian akan ada masa jatuh dan bangun. Akan ada masa gaduh dan baik. Akan ada masa penat dan bersemangat. Akan ada masa sedihcry dan gembiraBig Smile

 

Hadapilah dengan iman dan kematangan, bukan dengan kemarahan dan melulu perasaan… Jika ada perbezaan dan pertentangan cara bertindak dan pemikiran, itu perkara biasa yang perlu ditanggapi dengan sabar dan lapang dada… Muaz bukan Ayu dan Ayu bukan Muaz, biarkan masing-masing menjadi diri masing-masing.Shades Komunikasikan perasaan dengan baik dan hikmah lagi telus agar bisa memahami peribadi masing2, dan sesungguhnya ta’aruf itu berlangsung seumur hidup…

 

Bilamana ALLAH dan Rasul berada ditempat paling atas dalam rumahtangga kalian.., syaitan tidak akan mampu mencelah merosakkan kasih sayang… syaitan dan gengnya tidak akan mampu mencucuk prasangka burukAngry ke jiwa2 kalian…dan dgn ALLAH dan Rasul, nafsu akan mampu ditundukkan hingga akhirnya kalian faham dan ikhlas untuk memberi yang terbaik pada diri pasangan… Smile

 

Jika syaitan iblis berusaha keras memudar & melebur mawaddah wa rahmah yang menaungi rumahtangga islam, maka kalian harus lebih kerja keras agar baitul muslim ini terus menjadi wasilah kalian untuk mentqarrub diri pada ALLAH dan menghantar kalian ke syurga ALLAH..

 

Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH menjaga kalian.. Bertaqwalah pada ALLAH walau dimana kalian berada..

DSC_0068

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin….

Kalian telah ALLAH satukan didalam ikatan pernikahan yang agung lagi suci….

Maha Suci ALLAH yang mempertemukan kalian dijalan dakwah dan tarbiyyah… Maha Besar ALLAH yang mengirimkan para du’at untuk saling bermusyawarah dalam membantu menyusun seterusnya menyaksikan kalian memateri mitsaqan ghaliza…

 

Pesanku , bilamana kalian bertaaruf dan bernikah kerana ALLAH dan Rasul, bilamana dijalan dakwah kalian membina baitul muslim ini ini – maka jangan sekali-kali kalian berpisah melainkan kerana ALLAH dan Rasulmaka jangan sekali-kali kalian meninggalkan satu sama lain melainkan di atas jalan dakwah dan tarbiyyah…demi meraih redha ALLAH.. moga baitul muslim kalian akan merancakkan lagi laluan tarbiyyah..

 

cryMenitis air mata kakakmu ini menyaksikan kalian menjadi antara contoh terbaik sebuah pernikahan yang penuh barokah..dan bukan sekadar diriku, malah ikhwah dan akhawat yang lain ku percaya turut insaf dan terharu merasakan rahmat dan kemurniaan ikatan yang sungguh terpelihara bermula dari langkah pertama berta’ruf.

 

Bak kata seorang sahabatku, baginya, majlis pernikahan kalian lebih tinggi nilai tarbiyyah dari program2 seperti MABIT, ta’alim etc.. Melihat dua insan mengikat ikatan halal dengan bersaksikan ALLAH dan para malaikat, tingginya mahar pernikahan yang diminta ukhti daripada suami iaitu hafalan surah At Tahrim ayat 6 dan Surah As Soff…

 

Keberkatan turut dirasa kerana alhamdulillah kalian tidak pernah bersentuhan dalam bentuk apa sekalipun sebelum pernikahan- tiada sms, tiada email, tiada tatapan mata apatah lagi bualan mesra dan kedekatan fizikal… hati para sahabat kalian sesungguhnya terharu gembira insaf (dan cemburu) melihat bahagia dan ketenangan yang terpancar diwajah kalian yang menikmati hubungan yang halal lagi diredhai..

DSC_0297

Akhi wa ukhti fillah…Smiledoakan diri kekandamu ini agar mampu menjaga kesucian hati dan diri seperti kalian hingga akhirnya ALLAH menganugerahkan jua anugerah agung itu pada ku insyaALLAH..doakan diriku menjadi hamba solehah dan daieyah yang istiqamah mencari keredhaan dan keampunanNYA…doakan jua ALLAH mempertemukan diriku dengan jodoh yang soleh di jalan tarbiyyah dan dakwah ini hingga pernikahan antara dua insan akan menyaksikan perjalanan menyebarkan agama ALLAH ini semakin baik dan lancar…

Bertemu tiada jemu…berpisah tiada gelisah- bila ikatan terjalin kerana ALLAH.Smile

jika tiada pertemuan lagi didunia,cry moga akan ada pertemuan didunia abadi sana dalam kegembiraan hakiki insyaALLAH…… Big Smile

Posted at 06:31 pm by nur_syauqeena

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. assalamualaikum. entry ni sangat cantik! saya ni kawan ayu yang dah lama tak berhubung, saya nak mintak tolong kalau ada nombor ayu yang boleh dikongsi dengan saya…dengarnya ayu pon dah nak tambah ahli keluarga.. makin rindu pulak..

    boleh ke email kan kat saya di email ni: hannim [at] gmail [dot] com. terima kasih!

  2. jzkk ayu kerana share di sini.. jzkk kpd sahabat ayu jg kerana menulis bingkisan ini.. 🙂 moga menjadi pedoman buat akhawat yg lain jg yg turut menginginkan keberkatan dlm bm.. 😀

  3. Salamun’alaikum wbt ukhti habibati…lama rasanya tak berhubung langsung…saat membacakan entry dr kak nurul, ana cukup tersentuh…subhanallah, banyak ibroh yang bisa diambil…mohon perpanjangkan salam kerinduan ana buat kak Nurul Adni Adnan….:)

  4. As Salamu Alykum wa Rahmatua Allahi wa barakatuh,
    Naturally, I didn’t understand the writing,as I don’t yet understand Malaysian, thus, the pictures were my guide 🙂

    كيف حــالكِ عزيزتي؟ مبـــارك عليك زواجك وذريتك. أســـعدكم الله في الدنيا والأخرة. آمين.

    Ukhtuky Fi Allah
    Mariam bnt Khalifa

    • Assalamu’alaykum wbt Mariam,

      It seems that I have to write more in Eng then..;)

      Uhibbuki fillah,
      Ummu Reem

      • Wa Alykum Isalam wa rahmatu Allahi wa barakatuh,

        Ummu Reem,

        Ahabaky Allah Alathy Ahbabtinee feeh.

        You may have to write more in Arabic rather. Are you still learning the language?

        إني مشــتاقة إليكِ أخيّــة.


Leave a comment


Entries and comments feeds.