Posted by: ummuistisyhad | November 20, 2008

Surat Untuk Ummu Istisyhad Dari Ummu Musa

img_3255Assalamua’laikum adikku…

(You’ll always be my ayu whose presence

I wait for in akasia’s surau)

Ayu…

Hari ini ana hadir dalam hari yang penting buat anti…

Ana hadir pada hari anti menjadi seorang zaujah…

 

Ayu…

I wonder how you feel?

Do you feel how I felt two years ago?

No, I hope you feel much more better than how I felt.

 

Ayu…

Hari ini, kita telah di sucikan oleh Allah.

Ayu…

Hari ini Allah pilih kita untuk di sucikan…

 

Ayu,

Macam Allah pilih Balqis untuk menerima wahyu dan di sucikan sebagai isteri

Ayu,

Macam Allah pilih Khadijah, Aisyah, Fatimah,

Untuk jadi wanita-wanita suci…

 

Ana tak dapat tahan airmata ana…

Mendengar zauj mu melafazkan ayat-ayat suci Allah sebagai mahar mu

Ana tak dapat tahan airmata mendengar lagu Balqis

Menceritakan Qisasul Anbiya’

Bagaimana Allah telah pilih untuk membuka hati Balqis

Dan memilih juga untuk mensucikannya sebagai seorang…

Isteri.

 

Isteri, Ayu!

Sucinya seorang isteri, Ayu!

Apa-apa pun yang berlaku, dan

Bila-bila pun ia berlaku,

Ingatlah adikku, pernikahan ialah mitsaqan ghaliza,

Dia ialah qowwammu,

Dan anti adalah zaujahnya,

Yang selama-lamanya telah di pilih oleh Allah

Untuk di sucikan.

 

(setelah sekian lama anti turut menjaga kesucian mu)

 

semoga Allah memberkahi dirimu, pasanganmu dan pernikahanmu, dik.

 

8 December 2007

hari pernikahan Ayu & Muaz

 

 

 

Posted by: ummuistisyhad | October 21, 2008

Dakwah Pribadiku

 

Dan kami Telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang Telah datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang Telah kamu perselisihkan itu. [al-Maaidah: 48]

 

 

 

Ikhwati wa akhawati fillah, seorang al-ustaz pernah berpesan:

 

Dakwah itu peribadiku dan bukanlah ia tanggungjawabku. Bisa sahaja aku berasa terbeban dengan tanggungjawab lalu kutinggalkannya di saatku futur, namun peribadiku akan kubawanya ke mana sahaja dan bila-bila masa sahaja… Semoga Allah mengizinkan ameen Ya Robbal ‘aalameen…

 

 

.: Ummu Istisyhad :.

 

Posted by: ummuistisyhad | October 18, 2008

Kepulangan

Dengan nama Allah umi menulis… Dear Istisyhad,

Alhamdulillahi robbi, segala pujian kpd Robbul ‘aalameen krn sehingga ke saat umi sedang menulis di blog ini, Allah masih memberikan peluang utk umi bernafas segar di dalam ruh Islam dan Iman.

Buat sahabat wa akhawat fillah al hibb, ‘Afwan katseer buat saudara2 yang ana kasihi dan rindui.. Rasanya sudah lama ana menyepikan diri dari dunia maya yg dulunya pernah menjadi bagian dari diri ini.. Terutama ketika di ‘Down Under’ suatu ketika dahulu… Walaupun sebenarnya kerja di medan jauh lebih menuntut masa dan tenaga, rasa rindu yg amat sangat untuk kembali ke medan pena bertemu antum semua =). Doakan ana tsabat sentiasa.

Istisyhad soleh,

Umi titipkan tulisan2 di dalam blog ini sbg kenangan utk Istisyhad bila Istisyhad besar nanti.. Semoga Istisyhad membesar menjadi anak yang soleh dan musleh, dan senantiasa memburu utk menjadi  bagian dari para syuhada’ yang syahid di jalan Allah..

Semoga Allah mempertemukan semula kita di Jannah Al-A’la, ameen ya Robbal ‘aalameen..

.: Ummu Istisyhad :.

« Newer Posts

Categories