Dear Reem,
Tanggal 24hb April 2009, genap 2 minggu selepas Reem dilahirkan, umi mendapat berita mengejutkan daripada abi; Dr.Ariza Mohammad telah mengalami kemalangan serius ketika turun dari bas, kakinya terpelecok dan patah. Inna lillaahi wa inna ilaihi raji’oon.. Untuk pengetahun Reem, Dr. Ariza ialah doktor Reem yang pertama
. Doktor yang scan Reem sewaktu umur Reem sebulan dalam kandungan lagi, sehinggalah ke saat Reem nak keluar melihat dunia pun, Dr.Ariza yang pertama menyentuh dan menyambut Reem. Jazahallaahu bi ahsanil jazaa’.. Semoga Dr.Ariza cepat2 sembuh, sekiranya itu yang Allah kehendakkan.. ameen

(Dari kiri) Umi, Dr.Ariza, Pakcik Halim, Thalhah & Abi